Sunday, May 13, 2012

PROGRAM KONVOI KAYUHAN SKUAD 1M

12 Mei 2012-Program ini julung-julung kali diadakan sempena dengan Tema Belia Cemerlang Tanpa Dadah dengan kerjasama AADK peringkat Dearah Pasir Puteh, JEPAM, Polis dan Ngo Pasir Puteh. Seramai 40 orang turut serta yang bermula di perkarangan bangunan MARA (Jam 9.00am)melalui bandar(singgah di ECONJAYA) dan terus ke Jeram Pasu. Antara objektif program adalah memberi tumpuan khusus pada remaja tentang bahaya dan kesan kepada negara. Antara aktiviti semasa kayuhan, peserta bersama AADK menyebarkan risalah dan panduan dadah. Dalam perjalanan itu juga pengayuh singgah di Pusat Pemulihan Dadah di Jeram Pasu dan mendengan satu taklimat ringkas. Kayuhan diteruskan sehingga ke Jeram Pasu dan peserta mengadakan akativiti tari tali di anatara peserta.  Kayuhan ini tamat jam 2.00pm dengan sedikit jamuan makan tengahari. Apapon semua selamat dan beres.......