Friday, December 10, 2010

Kayuhan 1MALAYSIA

Suasana dihadapan dewan Perniagaan Cina KB


Kayuhan 1Malaysia dianjurkan ole MCA Cawangan Kota Bharu pada 10 Dis 2010. Seramai 50 peserta pro dan amatur khususnya peserta sekitar Kota Bharu. Tidak ketinggalan juga 3 ahli kbpaspute menyertainya. Acara dilepas pada jam 8.30am oleh wakil MCA KB. Destinasi perjalanan di Wisma Perniagaan Cina KB menghala ke Tumpat, iaitu mengambil jarak perjalanan lebih 51 KM 'Non Stop'. Syukur semua ahli kb paspute selamat sampai dan balik. Apapun ceritanya, 'the whole body' ada sikit urat dibuatnya. So far OK...4 Star.

Bersama pengayuh Pro

Kram urat dibuatnya

Monday, December 6, 2010

Kayuhan Hari Aids Sedunia

1stDay.................5 Dis 2010

Hari pertama (5 Dis 2010) kayuhan Hari Adis Sedunia peringkat Kebangsaan diadakan di PSPN Negeri Kelantan. Terdapat ramai peserta seluruh Pusat Kesihatan Kelantan yang menyertai kayuhan pada kali ini, termasuk pasukan KB Paspute seramai 12 orang. Kayuhan in akan melalui Jalan Pengkalan Chapa Kota Bharu dan akan singgah di pusat-pusat orang ramai seperti Gient, Tesco, KB Mall, Billon dan Myden K Keriang.Tujuan kayuhan ini adalah untuk memberi risalah kempen BERSAMA MENCEGAH HIV DAN AIDS. Jarak yang yang diambil lebih kurang 25 KM dan bermula jam 1130 am. Apa yang mendukacita sedikit dalam kayuhan hari itu adalah cuaca yang tidak begitu baik, di mana hujan turun dari permulaa kayuhan hinggalah tamat kayuhan. Tambahan pula pada hari tersebut merupakan hari bekerja. Jadi, berlaku kesesakan lalu lintas yang amat teruk sekali. Sehinggakan peserta ada yang tidak dapat meneruskan kayuhan. Apapun kayuhan ini merupakan aktiviti kesihatan dan berkonsepkan menyedarkan masyarakat tentang bahaya Aids. Akhir seiang kali kami tamat di maiden KKerian pada jam 1.15pm.

2nd Day...............6 Dis 2010

Mula jam 8.45am

Kayuhan hari kedua bermula di stadium Sultan Muhamad, K Bharu. Jarak perjalanan ialah 45 km, iaitu melalui KKerian, Melor, Jelawat dan tamat di Pantai Irama, Bachok. Cuaca amat baik sekali....cuma salah seorangahli kb paspute mendapat sedikit kebocoran tayar semasa menghampiri pekan Jelawat..dan semuanya sempat diperbaiki. Apapon, ...alhamdullilah semuanya selamat sampai ke penamat.

Tamat jam 11.30 am
Foto kenangan
















Jumpa lagi dalam kayuhan 1Malaysia
Salam.









Friday, December 3, 2010

Kayuhan Hari Aids Sedunia


Perhatian kepada ahli kbpaspute, bersedia dari sekarang..satu kayuhan Hari AIDS akan diadakan pada 5 dan 6 Dis 2010. Kayuahan ini bermula pada hari pertama dari PSPN ke KBharu dan terus ke Pantai PCB. Mana-mana ahli yang telah daftar diminta bersedia dari segi metal dan fizikal. Cabarannya pada hari keduanya iaitu bermula dari KB ke Pantai Irama Bachok. Latihan perlu ditingkatkan memandankan faktor cuaca pada masa sekarang banyak menghalang prestasi dan kemantapan kayuhan. Apapun, kayuahan aids ini merupakan medan terakhir aktiviti kesihatan pada tahun ini. Dijangka kayuhan ini melibatkan lebih kurang 200 peserta seluruh Kelantan. Mana ahli berminat boleh menghubungi pengajur seperti dipapan iklan.