Saturday, December 15, 2012

Road and MTB Kbpaspute

Dua era kbpaspute telah wujud..for the and of the year...Good Luck
Go..............and go.....




Terengganu Monsoon Ride

Kayuhan Terengganu Monsoon Rides diadakan bersempena Monsoon Cup 2012 yang berlangsung di Pulau Duyong Terengganu. Kayuhan bercirikan riadah 'Fun Ride' sejauh 100km. Seramai 4 pengayuh Kb Pasputeh telah menyertainya...semuanya ok selamat sampai dengan jayanya.






Sunday, May 13, 2012

PROGRAM KONVOI KAYUHAN SKUAD 1M

12 Mei 2012-Program ini julung-julung kali diadakan sempena dengan Tema Belia Cemerlang Tanpa Dadah dengan kerjasama AADK peringkat Dearah Pasir Puteh, JEPAM, Polis dan Ngo Pasir Puteh. Seramai 40 orang turut serta yang bermula di perkarangan bangunan MARA (Jam 9.00am)melalui bandar(singgah di ECONJAYA) dan terus ke Jeram Pasu. Antara objektif program adalah memberi tumpuan khusus pada remaja tentang bahaya dan kesan kepada negara. Antara aktiviti semasa kayuhan, peserta bersama AADK menyebarkan risalah dan panduan dadah. Dalam perjalanan itu juga pengayuh singgah di Pusat Pemulihan Dadah di Jeram Pasu dan mendengan satu taklimat ringkas. Kayuhan diteruskan sehingga ke Jeram Pasu dan peserta mengadakan akativiti tari tali di anatara peserta.  Kayuhan ini tamat jam 2.00pm dengan sedikit jamuan makan tengahari. Apapon semua selamat dan beres.......









Tuesday, April 3, 2012

Kayuahan Muhibbah Malaysia-Thailand 2012

31Mac 2012 - Program Kayuhan Muhibah Malaysia-Thailand ini, bermula di Rantau Panjang pada jam 845am dan telah berakhir dengan jayanya di Sekolah Menengah Rantau Panjang. Jarak perjalanan 75km sehala dimana 450 orang rider antara kedua-dua negara telah menyertai kayuhan melalui bermula di Sg. Golok - Waeng - Bukit Tar - Bukit Bunga - Rantau Panjang. Program telah berakhir pada 4.30 petang.

Program ini adalah anjuran ini adalah hasil usahasama Majlis Keselamatan Negara, Negeri Kelantan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Jabatan Kesihatan Narathiwat dengan kerjasama Persatuan Geraksihat Daerah Pasir Mas (GERSIH) dan Persatuan Kecergasan Negeri Kelantan.
Seramai 20 ahli KBpaspute telah menyertainya dengan gabungan ahli Pusat Kesihatan Daerah Pasir Puteh.Penutup Program Kayuhan Muhibbah Malaysia-Thailand 2012, telah dirasmikan oleh YBrs Datuk Abdullah Mat Yasim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Parlimen Rantau Panjang. Coment: ok 5 star............