Kayuhan riadah cakna belia adalah merupakan satu program sulong anjuran Masjid Ibrahimi(unit dakwah) berkonsepkan bersukan Beramal bagi jemaah masjid Ibrahimi. Acara ini dilepaskan oleh Iman Tua Masjid Ibrahimi yang mana melibatakan seramai 45 peserta. Lokasi perjalanan bermula dari Masjid Ibrahimi menuju ke Pantai Tok Bali iaitu pergi dan balik sejauh 35km. Untuk acara perasmian pula disumpurnakan oleh ADO Pasir Puteh iaitu di Pantai Tok Bali. Program ini dapat sembutan yang baik dari pihak-pihak sokongan iaitu Majlis Daerah, PDRM, Pertanan Awam dan hospital Pasir Puteh.
Semua ahli Paspute tidak ketinggalan menyertai acara ini, semuanya memberi komen yang memuaskan dan dikesempatan ini juga beberapa foto kenangan sempat dirakamkan. Harapan pada tahun mendatang program ini dapat diteruskan, malah penyertaan ahli Paspute akan bertambah.
lepas gatih.......nasi dagang beeng!!!!
APA YANG DIPERKATAKAN, PROGRAM INI MEMBERI SATU NILAI KEHOHANIAN DAN MEMBINA SAHSIAH KEPADA GOLONGAN MUDA DAN BELIA KHUSNYA JEMAAH MASJID IBRAHIMI DALAM KONTEK BERSUKAN DAN BERAMAL.
WASSALAM
Tahniah kpd penganjur acara yang berjaya.Sangat bermakna kayuhan kali ni,sebab kita kayuh gi masjid dulu,pahtu ada tazkirah pulak bila sampai sana.kalau boleh nak buat program yang sama di masjid kg kawe, kayuh dari Masjid Jeram-J. Linang....
ReplyDelete