Program kayuhan sihat adalah anjuran Jabatan Kesihatan Negeri kelantan dengan kerjasama Pusat Kesihatan Daerah(GMusang,Kkrai,Machang,PPutih dan Bachok) . Ia merupakan satu program sulung oleh Jabatan Kesihatan khususnya bagi memberi sumbangan dan galakan dalam penjagaan kesihatan kepada masyarakat setempat. Penjelajahan ini bermula dari GMusang ke Bachok dan melalui beberapa daerah persingahan. Di kesempatan ini, ahli kelab Paspute terlibat secara langsung, iaitu bermula dari PPuteh ke Pekan Jelawat dan seterusnya ke Bachok penamatnya. Tapi penglibatan ahli Paspute seramai 3 ore..sahaja. memandangkan yang selebihnya masing-masing mampunyai kerja. Mereka terdiri Kbp1, Kbp5 dan Kbp4, menyertainya, ahlamdulillah semua selamat tiba ke pekan Jelawat dan seterusnya penamat di bachok. jarak perjalanan sejauh 35km dan memakan masa lebih kurang 1 jam setengah. Apapon komen rata-rata ahli sangat berpuas hati dan mengharapan pada tahun mendatang semua ahli terlibat dan dapat menyediakan kelengkapan fizikal serta mental yang terbaik.
No comments:
Post a Comment