Tuesday, November 29, 2011

Kayuhan Ekspidisi Penarik Terengganu

Tanggal 26 Nov 2011, satu ekspidisi Kayuhan oleh ahli kbpaspute ke Penaraik, Terengganu. Objektif utama adalah menjalinkan kesepakatan ahli dan mencari pengalaman kayuhan yang dianggap perjalanan yang terjauh. Seramai 14 orang peserta menyertainya yang terdiri dai basikal RB dan MTB. Jarak perjalan satu hala lebih kurang 75KM dan perjalanan kami melalui jalan persisiran pantai, iaitu bermula di hadapan Masjid Ibrahimi PPuteh melalui jalan ke kg. Raja dan tamat di Kem Bari Penarik. Perjalanan pergi bermula jam 8.00am dan sampai lebih kurang pukul 3.00pm, peralanan ini banyak masalah yang terpaksa dihadapi oleh segelintir ahli dan apa yang berlaku dapat dijadikan satu pengalaman yang berguna untuk kayuhan yang akan datang.

Apa yang mendatangkan masalah adalah penulis sendiri mengalamai kebocoran tayar sebanyak 4 kali di sepanjang perjalan dan terpaksa menukar tiub dan tayarnya. Tidak ketinggalan juga ahli lain mengalami masalah yang sama tetapi tak serius penulis. Apapon semuanya dapat di atasi, dengan masalah ini lah perjalanan kami mengambil masa yang lama untuk sampai.

Alhamduliaallah... perjalan balik tidak menghadapi masalah yang besar, tepat jam 7.30am dari Kem Bari kami bertolak balik. Tepat jam 12.00pm kami selamat sampai di Pasir Puteh. Apapon semuanya selamat.....

1 comment:

  1. acu cube trek jalan Pasir puteh ke Gua musang plok...
    kasi hit same kayuhan...

    ReplyDelete