Friday, December 10, 2010
Kayuhan 1MALAYSIA
Kayuhan 1Malaysia dianjurkan ole MCA Cawangan Kota Bharu pada 10 Dis 2010. Seramai 50 peserta pro dan amatur khususnya peserta sekitar Kota Bharu. Tidak ketinggalan juga 3 ahli kbpaspute menyertainya. Acara dilepas pada jam 8.30am oleh wakil MCA KB. Destinasi perjalanan di Wisma Perniagaan Cina KB menghala ke Tumpat, iaitu mengambil jarak perjalanan lebih 51 KM 'Non Stop'. Syukur semua ahli kb paspute selamat sampai dan balik. Apapun ceritanya, 'the whole body' ada sikit urat dibuatnya. So far OK...4 Star.
Monday, December 6, 2010
Kayuhan Hari Aids Sedunia
Hari pertama (5 Dis 2010) kayuhan Hari Adis Sedunia peringkat Kebangsaan diadakan di PSPN Negeri Kelantan. Terdapat ramai peserta seluruh Pusat Kesihatan Kelantan yang menyertai kayuhan pada kali ini, termasuk pasukan KB Paspute seramai 12 orang. Kayuhan in akan melalui Jalan Pengkalan Chapa Kota Bharu dan akan singgah di pusat-pusat orang ramai seperti Gient, Tesco, KB Mall, Billon dan Myden K Keriang.Tujuan kayuhan ini adalah untuk memberi risalah kempen BERSAMA MENCEGAH HIV DAN AIDS. Jarak yang yang diambil lebih kurang 25 KM dan bermula jam 1130 am. Apa yang mendukacita sedikit dalam kayuhan hari itu adalah cuaca yang tidak begitu baik, di mana hujan turun dari permulaa kayuhan hinggalah tamat kayuhan. Tambahan pula pada hari tersebut merupakan hari bekerja. Jadi, berlaku kesesakan lalu lintas yang amat teruk sekali. Sehinggakan peserta ada yang tidak dapat meneruskan kayuhan. Apapun kayuhan ini merupakan aktiviti kesihatan dan berkonsepkan menyedarkan masyarakat tentang bahaya Aids. Akhir seiang kali kami tamat di maiden KKerian pada jam 1.15pm.
2nd Day...............6 Dis 2010
Mula jam 8.45am
Kayuhan hari kedua bermula di stadium Sultan Muhamad, K Bharu. Jarak perjalanan ialah 45 km, iaitu melalui KKerian, Melor, Jelawat dan tamat di Pantai Irama, Bachok. Cuaca amat baik sekali....cuma salah seorangahli kb paspute mendapat sedikit kebocoran tayar semasa menghampiri pekan Jelawat..dan semuanya sempat diperbaiki. Apapon, ...alhamdullilah semuanya selamat sampai ke penamat.
Tamat jam 11.30 am
Friday, December 3, 2010
Kayuhan Hari Aids Sedunia
Perhatian kepada ahli kbpaspute, bersedia dari sekarang..satu kayuhan Hari AIDS akan diadakan pada 5 dan 6 Dis 2010. Kayuahan ini bermula pada hari pertama dari PSPN ke KBharu dan terus ke Pantai PCB. Mana-mana ahli yang telah daftar diminta bersedia dari segi metal dan fizikal. Cabarannya pada hari keduanya iaitu bermula dari KB ke Pantai Irama Bachok. Latihan perlu ditingkatkan memandankan faktor cuaca pada masa sekarang banyak menghalang prestasi dan kemantapan kayuhan. Apapun, kayuahan aids ini merupakan medan terakhir aktiviti kesihatan pada tahun ini. Dijangka kayuhan ini melibatkan lebih kurang 200 peserta seluruh Kelantan. Mana ahli berminat boleh menghubungi pengajur seperti dipapan iklan.
Tuesday, November 9, 2010
Kayuhan Rutin(Nasi Berlaut)
Saturday, October 30, 2010
Scott Kbp5
Sunday, October 24, 2010
Ahli Kbpasputeh Ke Mekah
Monday, October 11, 2010
Kayuhan Ke Bukit Bakar, Machang
Sunday, September 26, 2010
Kayuhan Kesihatan Machang ke Temangan
Kayuhan Sihat Sept. 2010 dimulakan di Daerah Machang dimana penganjuran dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Machang. Seramai lebih kurang 75 peserta terlibat iaitu bermula dari Machang ke Temangan dengan jarak perjalanannya sejauh 25KM. Penyertaan kayuhan kali ini melibatanpeserta sekitar Machang (kakitangan pusat kesihatan, \bsn, NGO dan Pelajar UITM Machang). Bagi KB Paspute, hanya 2 peserta yang menyertai \(kbp1 dan kbp3), Perjalanan bermula pada jam 9.00am dengan laluan Tanah Merah Lama melalui Wakaf Bata dan singgah di Paloh Rawa. Kelajuan kayuhan sekitar 15 - 20 km/jam. Selepas berehat 10-20 minit, peserta di bahagi 2, dan mengambil arah perjalanan juga dua laluan. Perjalanan ini sungguh membosankan di awal permulaan (terpaksa mengikut rentak kayuahan students UITM) tetapi berubah selepas berehat dengan depat kelajuan kayuhan ditingkatkan kepada mix. speed 45km/jam. Apapon..semuanya selamat sampai ke pekan Temangan pada jam 11.00am. aktiviti selepasnya dimana ucapan pengawai2 penganjur dan cabutan bertuah. Komen oklah..buat permulaan kayuhan selepas puasa/hari raya. Jumpa lagi kayuhan Daerah Pasir - puteh(Okt2010).
Bersama peserta k.tangan kesihatan machang dan stud. UITM
Monday, August 9, 2010
Kayuhan Jelajah Kelantan 2010
Sunday, August 1, 2010
NTMTBA 2010
Pada hari ini seorang ahli kelab telah berkunjung ke ntbmtba 2010 di USM Transkerian. Beliau sempat merakam kayuhan penamat peserta cabaran yang mewakili kelab letua iaitu hafiz yang berjaya mencatat masa 1 jam 59 minit.
Pentas utama yang digunakan untuk upacara penyampaian hadiah cabutan bertuah.
Sebahagian daripada 1600++ peserta kayuhan kali ini.
Saturday, July 17, 2010
Kayuhan Kesihatan Kuala Krai
Peserta kayuhan PK P.Puteh sedang selenggara basikal iaitu sebelum acara kayuhan dilepaskan. Iaitu serami 11 orang semua.
Lokasi di Latar Rek
Apa yang menjadi perhatian semua peserta kayuhan ini, terdapat 5-7 peserta tokey cina KK berada bersama. Komen...wah sungguh Gah...Power...recing team...agaknya puak labi,kura..kuat sungguh.
Ragam ahli Paspute!!!!
Apa yang direnungkan ........sebelum acara dilepaskan.
Agaknya mikir ado 3 bukit,,,gatih koh naik van?
Lepas gatih ni...naik van pon bahan 2 bungkus nasi.
Yang ni pon gang PPuteh...lepas gatih ni...agaknya baca sikit..pasal bukit tinggi.
Sunday, July 11, 2010
Sinar Harian Kayuhan Riadah
Friday, July 9, 2010
Kayuhan Riadah Cakna Belia 2010
Kayuhan riadah cakna belia adalah merupakan satu program sulong anjuran Masjid Ibrahimi(unit dakwah) berkonsepkan bersukan Beramal bagi jemaah masjid Ibrahimi. Acara ini dilepaskan oleh Iman Tua Masjid Ibrahimi yang mana melibatakan seramai 45 peserta. Lokasi perjalanan bermula dari Masjid Ibrahimi menuju ke Pantai Tok Bali iaitu pergi dan balik sejauh 35km. Untuk acara perasmian pula disumpurnakan oleh ADO Pasir Puteh iaitu di Pantai Tok Bali. Program ini dapat sembutan yang baik dari pihak-pihak sokongan iaitu Majlis Daerah, PDRM, Pertanan Awam dan hospital Pasir Puteh.
Semua ahli Paspute tidak ketinggalan menyertai acara ini, semuanya memberi komen yang memuaskan dan dikesempatan ini juga beberapa foto kenangan sempat dirakamkan. Harapan pada tahun mendatang program ini dapat diteruskan, malah penyertaan ahli Paspute akan bertambah.
Acara regangan sebelum berlepas
Bacaan doa selamat oleh Iman Muda
lepas gatih.......nasi dagang beeng!!!!
Acara perasmian oleh ADO Pasir Puteh bersama tetamu dan AJK Masjid.
APA YANG DIPERKATAKAN, PROGRAM INI MEMBERI SATU NILAI KEHOHANIAN DAN MEMBINA SAHSIAH KEPADA GOLONGAN MUDA DAN BELIA KHUSNYA JEMAAH MASJID IBRAHIMI DALAM KONTEK BERSUKAN DAN BERAMAL.
WASSALAM
Friday, July 2, 2010
Bukit Bakar
Jarak sejauh 30 km memberikan menjanjikan satu kayuhan yang menyegarkan apabila tiba ke destinasi.
Jambatan gantung disediakan untuk kemudahan pengunjung. Suasana damai dan sejuk perlu diambil peluang oleh para pengunjung.
Wednesday, June 30, 2010
Jersi Untuk DiJual
Jersi untuk tempahan bagi semua peminat dan ahli Paspute.
Segala pesanan dan tempahan boleh menghububgi pengerusi atau email.
Email: kbpaspute@gmail.com
Tel : 0129218597
Spesifikasi"
Sepasang (baju dan seluar)
Baju sahaja
Jenama " FBT" (no. 1 Thailand)
Saiz " S - XXL
Warna : Warna mengikut pilihan katelog
Harga: Sepasang RM108
baju sahaja RM 45
Seluar RM 63